Tidak lain yg ingin saya sentuh... pastinya mengenai BERSIH 3.0 yg berlaku kelmarin nun di semenanjung malaysia.... Celik sahaja mata saya pagi tadi, saya melayari laman sosial saya, ingin menjenguk khabar - khabar baru seantero dunia... namun, satu persatu, saya mendapat berita hanya mengenai rusuhan BERSIH... namun saya terus keluar dari laman sesawang itu, tidak mempedulikannya dan meneruskan rutin harian saya di rumah...
Satu perasaan yang memanggil - manggil hati saya untuk mengambil tahu mengenai kempen terlarang itu... dan saya membuka kembali laman maya, mencari dan menemui kisah yang begitu menyayat hati saya kerana saudara sesama islam saya menjadi mangsa ahli - ahli kempen terlarang yang sedang naik hantu ketika kempen itu berlangsung....
Pemberita siaran tv yang bercorak islamik, menjadi mangsa hentaman ahli bersih seramai 20 - 30 orang kerana merayu secara baik agar mereka tidak bertalu - talu mengerjakan anggota polis yang bertugas.. saa melihat video itu dan hati saya rasa tersiat, kerana di sana saudara seislam dan sebangsa saya menjadi mangsa mereka yang engkar dengan ertinya 'kasih sayang sesama manusia'...
Saya menahan genangan air mata, kerana menyedari, umat kini, umat akhir zaman.. hilang sudah nilai insani, hilang sudah hormat menghormati.. yang dilarang dilakukan, yang disunah di ingkarkan... lalu dalam hati kecil saya berdoa, agar di selamatkan semua umat termasuk diri saya, agar redha Illahi menjadi tinjauan kmi.. ya Allah s.w.t, kuatkanlah suruhan -suruhanmu di hati kami... Kami umat seislam, kami umat sebangsa, berpijak di satu bumi kepunyaanmu...
Limpahkanlah kasih sayang-MU ya Allah... SElamatkanlah mereka.. selamatkanlah... selamatkanlah ku mohon ya Allah...
## SEMOGA KITA SAMA - SAMA MENCAPAI REDHA ILLAHI
MOGA JIHAD KALIAN DI BERKATI.. AMINNN
sincere by,
eifa afifa
29/04/2012
No comments:
Post a Comment